KHUTBAH JUMAAT(8 JULAI 2011) : RAPUH PERPADUAN RUNTUH KEAMANAN - pakdin.my

Di petik dari Wall Sahabat Facebook Zainora Ramli
Sila klik link untuk komen di face book beliau.

KHUTBAH JUMAAT(8 JULAI 2011) : RAPUH PERPADUAN RUNTUH KEAMANAN.
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dapat hidup dalam keadaan yang harmoni di negara ini. Wujudnya perpaduan kaum dari berbagai agama. Masyarakat yang hidup bersatu, menggembelingkan tenaga dan usaha bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. Namun demikian, keamanan ini tidak akan kekal malah akan menjadi buruk apabila berlakunya perpecahan.

Dalam surah Al Hasyr ayat 14 :
(Orang Yahudi dan orang munafik) tidak berani memerangi kamu wpun mereka bersatu padu melainkan di kampung-kampung yg berbenteng kukuh atau di sebalik tembok. (Ini kerana) permusuhan antara mereka sesama sendiri amatlah hebat. Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedangkan hati mereka berpecah belah (disebabkan pebezaan kepercayaan mereka). Yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti (perkara yang memberi kebaikan kepada mereka).

Perpecahan akan mewujudkan permusuhan, kesengsaraan, kemusnahan ekonomi dan merosakkan sistem kekeluargaan. Lihatlah umat Islam yang negaranya kaya raya seperti di Asia Barat, oleh kerana berlaku perpecahan dan pergaduhan, maka kuasa luar mengambil kesempatan dan akan kesannya, ekonomi negara menjadi runtuh dan hancur.

Sedarlah untuk membangunkan kaum yang berbilang bangsa dan ekonomi negara, memakan masa berpuluh-puluh tahun. Sesungguhnya missi Rasulullah saw dalam menyibarkan Islam menekankan kepada: Perpaduan di kalangan umat, kiblat yang satu, kitab yang satu dan rasullullah saw sebagai pemimpin dan memandu manusia ke jalan yang diredhai.

Berbagai cubaan yang dihadapi oleh Rasulullah terutamanya menangani masalah Yahudi sebagai musuh yang mengucar kacirkan Islam. Namun Rasulullah saw mengekalkan semangat perpaduan kerana baginda tahu siapa sebenarnya dalang dalam perpecahan itu.

Di dalam negara kita Malaysia yang tercinta ini, siapakah sebenarnya pengkhianat negara, yang terlibat menzalimi umat Islam dan negara. Yang mempertikaikan hak-hak orang Islam dan memperalatkan pemimpin Islam, yang menghasut dan menggunakan pendekatan undang-undang dan mahkamah dan menanamkan perasaan benci dengan slogan tertentu. Rakyat dijadikan perisai.

Khatib ingin berpesan, siapa yang mencintai negara, maka marilah mempertahankan setiap inci tanahair ini, merapatkan saf, mewujudkan perpaduan dan berjuang dan bersatu melawan pihak musuh yang menyebabkan perpecahan dan menggugat keharmonian negara.

Surah Ali Imran ayat 160:

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu jika Dia membiarkan kamu(tanpa memberi pertolongan) maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang sedemikian)? Kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu bertawakkal.

Kesimpulan dari khutbah ini:

Kestabilan negara harus dipertahankan. Wujudkan keharmonian dan persaudaraan Islam. Jangan sekali-kali terhasut dengan pemikiran jahat dan godaan syaitan yang merosakkan. Perpecahan akan menyebabkan maruah tergadai dan berlaku huru-hara. Sama-samalah kita berdoa dan bermunajat agar negara kta dikekalkan nikmat perpaduan.

Surah Al Hujurat ayat 9 :

Jika dua pihak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Tetapi jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah. Jika dia kembali patuh maka damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil serta berlaku adillah. sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”
Utk dikongsi bersama : Ringkasan Khutbah Jumaat TV1.

UTAMABERITAKHUTBAH JUMAAT(8 JULAI 2011) : RAPUH PERPADUAN RUNTUH KEAMANAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium