Monday, February 26, 2024

Keputusan Kerajaan Tidak Beri Kerakyatan Kepada 500 Bekas Rakyat Malaysa Tepat- pakdin.my

zahid-hamidi-lucut-kerakyatan

Keputusan kerajaan tidak memberikan kerakyatan secara automatik kepada 500 bekas rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka untuk menjadi warganegara United Kingdom (UK) adalah tepat kerana mereka tidak mempunyai kesetiaan kepada negara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kerajaan juga perlu menjalankan penilaian secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan memberikan kerakyatan kepada mereka.

“Apakah wajar untuk kerajaan memberikan kerakyatan semula kepada mereka dan saya rasa tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu adalah tepat kerana mereka tanpa dipaksa menolak untuk tidak menjadi rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa hanya tiga pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British dari negara ini dibenarkan pulang sehingga kini, bukannya lebih 500 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata mereka juga bukannya diberi taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap, sebaliknya hanya diberikan Pas Residen bagi membolehkan mereka berada di sini secara sah selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

UtamaPOLITIKKeputusan Kerajaan Tidak Beri Kerakyatan Kepada 500 Bekas Rakyat Malaysa Tepat

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR