Tiada kebocoran radioaktif di kilang Synergy Health di Rawang – Bomba - pakdin.my

image

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor hari ini mengesahkan tidak berlaku sebarang kebocoran radioaktif di kilang Synergy Health di Rawang dekat sini seperti yang tersebar di media sosial.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata khabar angin itu tersebar berikutan kebakaran kecil kira-kira jam 5.30 pagi tadi, melibatkan beberapa kotak sarung tangan di kilang yang terletak di kawasan perindustrian.

“Terdapat penyebaran maklumat palsu berkenaan insiden ini dalam media sosial seperti WhatsApp dan rasa takut ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat mengenai keselamatan mereka.

“Saya harap agar tiada sebarang hebahan dibuat berhubung perkara ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata bomba menerima panggilan daripada orang awam berkenaan insiden itu pada jam 5.59 pagi.

Katanya, Unit Bahan Berbahaya dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengesahkan tiada kebocoran radioaktif dikesan di kilang itu mahupun kawasan sekitarnya.

Lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rawang tiba di lokasi pada jam 6.07 pagi, namun tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

kebakaran-kilang-health-sinergy-rawang (1)

kebakaran-kilang-health-sinergy-rawang (2)

kebakaran-kilang-health-sinergy-rawang (3)

UTAMABERITATiada kebocoran radioaktif di kilang Synergy Health di Rawang - Bomba

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium