BERITAADUN Paloh cedera, isteri maut kemalangan di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands...

ADUN Paloh cedera, isteri maut kemalangan di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands – Simpang Pulai

ADUN Paloh cedera, isteri maut kemalangan di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands – Simpang Pulai
NOZULA yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut.

Ipoh : Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Gua Musang, Kelantan Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya terkorban selepas kereta dinaiki pasangan itu terbabas dan merempuh tebing bukit di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands – Simpang Pulai dekat Simpang Keramat di sini, lewat petang tadi.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Datin Maziah Din meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, ketika mendapatkan rawatan manakala Nozula mengalami cedera ringan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kenderaan yang dipandu sendiri oleh mangsa dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.

“Kenderaan mangsa dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.‎

“Mangsa kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

norzula-kemalangan-di-jalan-cameron-highland-simpang-pulai (1) norzula-kemalangan-di-jalan-cameron-highland-simpang-pulai (2)

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami