BERITAPetugas Media Di Dewan Undangan Selangor Keracunan Makanan

Petugas Media Di Dewan Undangan Selangor Keracunan Makanan

speaker-dun-selangor

Lebih 10 petugas media yang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini semalam, mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh berkata pihaknya menerima aduan daripada beberapa petugas berhubung kejadian itu, pagi Jumaat.

Yeoh, yang turut mengalami keracunan makanan, berkata beliau mengesyaki ia berpunca daripada makanan yang dihidangkan pihak katerer, semalam.

“Akibat daripada itu, kami juga telah memanggil doktor serta beberapa petugas kesihatan kerajaan untuk hadir ke sini dan mengadakan pemeriksaan terhadap para wartawan,” katanya kepada pemberita di lobi dewan hari ini.

Beliau berkata selain petugas media, timbalan speaker dan tiga kakitangan Dewan Undangan Negeri serta kakitangan pejabat Speaker turut mengalami keracunan makanan.

“Susulan itu, kami mengambil tindakan menghentikan perkhidmatan katerer ini serta merta walaupun tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka adalah sepanjang tahun ini,” katanya yang turut memohon maaf kepada semua petugas media berhubung kejadian itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami