28 Penumpang Nyaris Maut, Bas Ekspres Terbalik Di Temerloh

28 Penumpang Nyaris Maut, Bas Ekspres Terbalik Di Temerloh

bas-ekspress-terbalik-temerloh

Kira-kira 28 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Temerloh, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua mangsa terselamat dalam kejadian itu tetapi 10 daripadanya mengalami kecederaan.

Menurut Abdul Aziz, bas tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali mengakibatkan pemandu dan beberapa penumpang tercampak keluar.

Katanya kesemua 10 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan keadaan mereka dilapor stabil.

Beliau turut berkata siasatan awal polis mendapati pemandu bas mungkin mengantuk semasa kejadian.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

VIDEO | Pesawat F/A-18D Hornet TUDM terlibat kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan

Nahas di Hulu Selangor, pemandu lori pula meninggal dunia

3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

18 maut, 39 cedera apabila bas pelancongan terbalik di Prachin Buri

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami