MH192: Bukan Ganjil Tayar Pesawat Pecah – Pakar

Koyakan tayar yang ditemui
Koyakan tayar yang ditemui

Insiden tayar pecah pada peralatan (gear) pendaratan pesawat seperti yang dialami oleh penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 bukanlah sesuatu yang ganjil, malah ia pernah berlaku kepada pesawat komersil lain, kata pakar industri penerbangan.

Sambil menjelaskan perkara itu boleh berlaku kepada mana-mana pesawat, Peter Talalla, bekas penasihat khas Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, berkata apa yang penting, kejadian itu tidak menjejas dan membahayakan operasi penerbangan secara keseluruhannya.

“Hakikatnya, walaupun ini tidak berlaku setiap hari, pesawat sering mengalami masalah gear pendaratan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

“Kenapa? Kerana ia (tayar pecah) jarang mengakibatkan kematian atau kecederaan, jadi ia tidak menjadi isu kepada mana-mana pihak,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Talalla yang berpengalaman hampir 34 tahun dalam industri penerbangan, berkata beliau sendiri pernah melalui detik itu di mana pesawat yang dikendalikannya mengalami masalah kegagalan tayar berfungsi semasa pendaratan.

“Sebenarnya, apa yang lebih penting ialah semasa pesawat berlepas kerana sejurus selepas berlepas, roda ditarik balik dan putaran roda yang menghasilkan api ‘boleh berlaku’.

“Tetapi, ada alat pengesan kebakaran pada roda yang memberi isyarat kepada juruterbang. Jika kebakaran berlaku, senarai semak kecemasan akan mengarahkan juruterbang untuk menurunkan gear pendaratan (roda) dan berpatah balik untuk mendarat,” jelas beliau.

Talalla turut memuji kecekapan juruterbang penerbangan MH192 Kapten Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang Prakash Kumar dalam mengendalikan situasi cemas itu.

“Bagi saya, mereka telah melakukan yang terbaik. Juruterbang MH192 telah mengendalikan situasi ini dengan sangat profesional dan mematuhi prosedur operasi standard serta manual senarai semak dan operasi penerbangan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Kamarul Arifin Ahmad menjelaskan tiada punca spesifik bagaimana kejadian itu boleh berlaku, namun ia dapat dirungkai setelah siasatan terperinci dilakukan.

“Antaranya faktor yang mendorong tayar gear pendaratan sesuatu pesawat itu pecah adalah faktor cuaca, jangka hayat dan kadar tekanan angin. Semua itu perlu diambil kira dengan merujuk kepada rekod penyelenggaraan pesawat terbabit,” jelasnya.

Pesawat MH192 itu, yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa di Sepang pada 10.09 malam tadi ke Bangalore, India.

Ia kemudian mengesan gear pendaratan sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan juruterbang berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada 1.56 pagi tadi.

Pada 3.30 petang tadi, pesawat lain MAS yang membawa kesemua penumpang berkenaan berlepas dari KLIA ke Bangalore.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya pula berpendapat MAS perlu mengkaji semula prosedur pemeriksaan kejuruteraan terhadap pesawat-pesawatnya.

Beliau berkata rasional penambahbaikan prosedur itu adalah bagi memastikan tiada kejadian buruk berulang.

“Memang kes tayar pecah jarang berlaku dalam industri penerbangan, namun kita jangan ambil mudah kerana semakin lama dibiarkan, semakin buruk kesannya nanti,” katanya.

Saharuddin berkata semua bentuk penambahbaikan perlu disegerakan memandangkan MAS sudah menjadi perhatian dunia ekoran insiden pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

“Banyak negara luar sedang memerhatikan Malaysia khususnya terhadap MAS. Justeru itu, eloklah kita tidak membiarkan mereka berterusan berfikiran negatif dengan mengambil langkah awal tindakan sewajarnya,” jelasnya.

Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim pula berkata pendaratan cemas oleh penerbangan MH192 mengingatkan rakyat mengenai insiden pesawat MH370 yang masih belum ditemui.

“Setiap syarikat mempunyai protokol apabila menghadapi kecemasan apatah lagi MAS yang juga perlu mematuhi syarat industri penerbangan antarabangsa.

“Berlandaskan ciri-ciri itu, saya amat pasti tindakan yang mereka ambil (untuk mendarat cemas) adalah tepat. Namun, perlu ada sudut yang harus disemak balik,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...