Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia
Seah Leong Peng

Anggota Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Timbalan Setiausaha DAP Datuk Ngeh Koo Ham mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, anggota Parlimen Ipoh Timur Thomas Su berkata Seah dikesan menghidap kanser pada Febuari lepas.

“Sejak itu keadaannya semakin teruk dan menerima rawatan di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata mayat mendiang dijangka tiba di kediamannya di Teluk Intan petang Khamis.

Pada pilihan raya umum lepas, Seah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Mendiang sebelum ini pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar selama tiga penggal sejak tahun 1999.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami