UtamaNASIONALWanita ugut bawa bom...

Wanita ugut bawa bom dalam pesawat ke Kuching ditahan - pakdin.my

ATR-Malindo-Air

Gara-gara mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 yang hendak berlepas ke Kuching, Sarawak dengan mengugut ada bom di dalam beg yang dibawanya, seorang wanita yang sepatutnya pulang ke kampung untuk urusan keluarga ditahan polis dan akan direman esok.

Manakala penerbangan OD1622 ke Kuching yang membawa 140 penumpang itu pula tertangguh selama 2 jam 22 minit dan pesawat itu selamat berlepas pada jam 4.42 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin berkata, siasatan awal polis mendapati wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching itu bekerja di Semenanjung Malaysia.

“Kejadian berlaku pada jam 2.20 petang tadi ketika anak kapal penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas.

“Pramugari telah menegur wanita terbabit agar meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas, namun wanita itu terus memarahi pramugari tersebut dengan mengeluarkan perkataan ugutan,” kata Zaldino kepada agensi berita Bernama.

Menurut Zaldino, pramugari berkenaan lantas memaklumkan perkara itu kepada juruterbang yang bertindak menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita terbabit dari pesawat.

Beliau menambah, polis menahan suspek pada jam 6 petang selepas menerima laporan daripada pihak MAHB dan akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas wanita terbabit di Mahkamah Majistret Sepang esok bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Malindo Air, Raja Sa’aadi Raja Amrin turut mengesahkan kejadian.

“Wanita itu mengeluarkan kata-kata berkenaan terhadap seorang pramugari hanya kerana tidak berpuas hati mengenai lokasi simpanan begnya yang terpaksa diletakkan di ruang lain.

“Wanita itu mula marah-marah sebelum menaiki pesawat lagi dan memaki hamun pramugari selain menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu,” katanya.

Penerbangan OD1622 itu bagaimanapun telah mendarat di Kuching, Sarawak tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...