Politik Terengganu: Ahmad, Ghazali Mengalah, Kembali Bersama Umno - pakdin.my

adun-bn-terengganu-najib

PUTRAJAYA: Selepas dua hari Terengganu berdepan kemelut politik akibat tindakan tiga wakil rakyatnya keluar Umno, jalan penyelesaian dicapai apabila Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib kembali bersama parti itu.

Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata walaupun kedua-duanya tidak hadir pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada tengah hari, mereka akan menarik balik surat keluar parti itu.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan Ajil itu akan mengadakan sidang media khas berhubung perkara itu di Kuala Terengganu, petang Rabu.

“Ahmad Said menghubungi Perdana Menteri dan memaklumkan keputusan beliau dan Ghazali untuk menyertai Umno semula dan akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa hari ini (Rabu).

“Beliau juga memaklumkan kesal atas apa yang berlaku,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bersama wakil rakyat negeri berkenaan di Perdana Putra di sini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Ghazali makin hampir mencapai kata putus untuk melakukan pusingan ‘U’ dengan menarik balik keputusan keluar Umno.

Ghazali mengemukakan surat keluar Umno pada hari sama Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berbuat demikian, iaitu malam Isnin.

Seterusnya, Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengikut jejak mereka pada pagi Selasa. Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Roslee menarik balik keputusannya untuk keluar Umno.

Jika Ahmad dan Ghazali membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, bermakna kedudukan Barisan Nasional (BN) kembali seperti asal iaitu 18 kerusi, termasuk Speaker berbanding Pakatan Rakyat 15, termasuk 14 kerusi PAS dan satu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

 

Politik Terengganu: ADUN Jumpa PM

Siang tadi Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di bangunan Perdana Putra.

Turut menyertai beliau 13 anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Speaker DUN Terengganu Mohd Zubir Embong.

Pertemuan tertutup kira-kira sejam ini membincangkan perkembangan terbaru politik di Terengganu selain mendengar amanat daripada Perdana Menteri untuk mentadbir negeri dengan lebih baik.

Turut serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

UTAMAPOLITIKPolitik Terengganu: Ahmad, Ghazali Mengalah, Kembali Bersama Umno

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium