PRK Teluk Intan: Calon Parti Chauvinist Cina DAP Berbohong Fakta Kadar Jenayah - pakdin.my

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Goh Kok Liang
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Goh Kok Liang

Amat mudah calon ‘glamour’ DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menuduh kadar jenayah di Teluk Intan semakin meningkat sehingga merunsingkan penduduk setempat.

Tuduhan melulu sekadar untuk meraih undi akhirnya disanggah Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Goh Kok Liang.

Goh berkata, dakwaan sedemikian adalah semata-mata persepsi rasa tidak selamat dalam kalang penduduk tempatan.

“Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana sebenarnya kejadian jenayah dan keselamatan adalah terkawal.

“Menurut statistik sepanjang tempoh 1 Januari hingga 21 Mei tahun ini, sejumlah 150 kes dilaporkan secara puratanya satu kes jenayah berlaku di Teluk Intan setiap hari,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Khamis.

Sebagai orang terpelajar, Dyana kena fikir sebelum bercakap.

Sudah dua penggal Parlimen Teluk Intan di wakili DAP. Sekiranya kadar jenayah meningkat, ianya salah wakil rakyat kerana gagal berperanan untuk bersama-sama mencegah jenayah kecuali sibuk berpolitik.

Bagaimanapun, polis yang kerap pembangkang lempar dengan macam-macam penghinaan berjaya melaksanakan tugas membanteras jenayah seperti ditegaskan Goh.

Sementara itu, Goh berkata tujuh laporan polis sudah diterima sejak hari penamaan calon hingga semalam.

“Tiga kertas siasatan dibuka setakat ini yang mana empat laporan polis diterima semalam termasuk satu kertas siasatan membabitkan kes ugutan jenayah terhadap seorang ahli badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun jika disabitkan kesalahan.-

UTAMAPILIHAN RAYAPRK Teluk Intan: Calon Parti Chauvinist Cina DAP Berbohong Fakta Kadar Jenayah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium