UtamaPOLITIKNajib bakal mengumumkan rombakan...

Najib bakal mengumumkan rombakan Kabinet ? - pakdin.my

Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini.

Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet.

Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet.

Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri ‘yang masih kosong’ sejak pilihan raya umum lalu.

Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu.

Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet.

“Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini,” kata sumber itu.

Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri.

Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet.

Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras.

“Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini.

“Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan,” kata seorang pemerhati.

Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan.

“Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan,” kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...