Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBORNEOSarawak Keluar Malaysia, Kemaruk...

Sarawak Keluar Malaysia, Kemaruk Campurtangan Asing? - pakdin.my

forum sskm
MELANAU BLOGGER™: Ketika ini pemimpin PBB, DAP dan PKR sama-sama ghairah melaungkan slogan “Sarawak for Sarawakians”, rakyat Sarawak turut terpancing emosi kerana merasakan Sarawak hanya untuk orang Sarawak. Malangnya slogan itu hanyalah retorik semata-mata demi mengelirukan rakyat buat seketika, sedangkan pada masa yang sama mereka seperti merelakan campurtangan asing di negeri ini.
Mereka bukan khuathir dengan kehadiran kapal perang China yang sedang siap siaga dengan kedudukan lebih kurang 30 batu nautika dari perairan Sarawak, tapi yang mereka geruni adalah kalau-kalau UMNO mahupun Ibrahim Ali berpolitik di Sarawak.
Saban hari mereka bercakap tentang kekhuatiran terhadap UMNO atau Ibrahim Ali, tapi tidak pernah pun berani sentuh tentang kewujudan NGO di Sarawak yang aktif menghasut rakyat agar Sarawak keluar dari Malaysia. NGO-NGO tersebut bukan bukan saja ditaja oleh parti politik dari Malaya tapi juga menerima tajaan dari negara asing.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan, Sarawak satu-satunya negeri di Malaysia yang secara terang-terangan menjemput entiti asing untuk mencampuri serta menentukan halatuju rakyatnya. (baca di SINI)
Entah berapa banyak NGO dari Malaya dan luar negara sedang fokus pada urusan dalaman negeri Sarawak, hasil jemputan PKR atas nama demokrasi. Ironinya pemimpin BN Sarawak turut ‘bermain’ dalam lumpur yang sama, sambil membiarkan PKR dan DAP mengelirukan rakyat.
Sudah sampai ke satu titik, puak puak asing itu secara serius dan terang-terangan melancarkan pelbagai gerakan yang mampu mengugat keselamatan negara, dengan dakyah untuk membawa Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia. Tapi pemimpin BN Sarawak masih lagi sibuk bercakap kononnya nak halang UMNO dan Ibrahim Ali memasuki Sarawak.
Kami bukan nak sokong Ibrahim Ali, tapi apa salahnya kewujudan Perkasa jika Dong Zong memercik api yang sama.
Sepatutnya kerajaan negeri wajar menyekat nama-nama ini dari memasuki Sarawak. Tak perlu bersandiwara tentang Ibrahim Ali atau UMNO.
Justeru kami ingin mencabar mana-mana rakyat Sarawak agar membuat laporan polis terhadap NGO-NGO ini. Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk membatalkan perjanjian Malaysia 1963, dan mangsanya nanti adalah kita sebagai rakyat biasa.  Jika benar “Sarawak for Sarawakians”, pastikan puak-puak ini dicampak keluar!

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883