UtamaNASIONALPekerja Pelantar Minyak Dakwa...

Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Lihat ‘Pesawat Terbakar’ Dipecat - pakdin.my

MH370-surat-Michael-McKay-Vung-Tau

Akhbar harian New Zealand Sunday Star Times melaporkan bahawa warga New Zealand, Mike McKay, yang mendakwa melihat sebuah pesawat sedang terbakar terbang di perairan Vietnam pada bulan Mac, telah dipecat dari pekerjaannya berikutan dakwaan itu.

McKay, yang bekerja di pelantar minyak Songa Mercur telah menghantar e-mel dengan nama penuhnya dan nombor pasport New Zealand kepada pihak atasan pada bulan Mac selepas melihat sebuah kapal terbang terbakar yang dipercayai pesawat Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370 yang hilang.

E-mel tersebut yang dibocorkan kepada media terkandung maklumat yang dikenalpasti sebagai pengendali pelantar, Idemitsu dan kontraktor McKay, Songa Offshore, maklumat yang membawa kepada petunjuk bahawa komunikasi kedua-dua syarikat itu disekat kerana dibanjiri pertanyaan.
Ekoran apa yang berlaku, pegawai-pegawai Vietnam telah menemuramah McKay dan bersedia untuk bertindak ke atas maklumat yang diberikannya sebelum usaha carian beralih ke laut Andaman dua hari selepas temubual dijalankan.

McKay juga telah membuat kenyataan untuk Interpol kepada polis New Zealand setelah kembali ke negaranya, di mana dia kini sedang menunggu kontrak Asia Tenggara yang baharu.

Sunday Star Times memetik McKay sebagai berkata bahawa dia dilepaskan dari pelantar lima hari lebih awal, tetapi dibayar sehingga akhir tempoh kerja.

Walau bagaimanapun, sub-kontraktor di bawah tempat dia berkerja, M-I Swaco berkata McKay telah dilepaskan awal kerana mereka telah menemui seorang jurutera tempatan untuk menggantikan tempatnya.

McKay, seorang pekerja veteran yang telah berkhidmat selama 35 tahun di Asia Tenggara menambah bahawa ‘kontrak mempunyai makna yang kecil dalam kerjayanya’ tetapi menegaskan bahawa dia percaya pesawat terbakar yang dilihat pada altitud tinggi itu adalah MH370.

“Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines sedang menjunam. Masanya sesuai,” kata McKay, yang menambah pesawat yang didakwa dilihat adalah di luar laluan penerbangan biasa, berdasarkan pemerhatian hariannya.

Dalam e-melnya, McKay, yang telah bekerja di perairan Vietnam secara konsisten sejak tahun 2008, memasukkan butiran tertentu seperti lokasi tepatnya di Songa Mercur, bearing kompas berkaitan apa yang dilihatnya dengan pelantar, permukaan semasa dan arah angin.

McKay bukan satu-satunya individu yang telah tampil dan menyatakan melihat pesawat yang terbakar, tetapi pelaut British, Katherine Tee juga dilaporkan melihatnya pada awal Mac.

Tee, 41, berkata dia telah belayar dari Cochin, India ke arah Phuket, Thailand dengan suaminya Marc Horn, 50, apabila dia melihat sesuatu seperti kapal terbang terbakar melintasi langit malam pada 7-8 Mac.

“Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. Itulah yang saya terfikir pada masa itu. Kemudian, saya berfikir tentangnya dan saya akan menjadi gila… Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan cahaya oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya mengenainya,” katanya kepada Phuket Gazette.

Pada malam itu, dua pesawat lain dengan lampu navigasi biasa telah bergerak ke arah yang bertentangan.

“Saya masih ingat ketika itu saya berfikir jika apa yang saya lihat adalah kapal terbang terbakar, pesawat lain akan melaporkannya,” tambahnya.

Tee tidak berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sehingga mereka tiba di Phuket pada 10 Mac.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...