Dua Gol Neymar Bantu Brazil Atasi Croatia – #PialaDunia2014 - pakdin.my

wpid-world-cup-2014-brazil-croatia-neymar.jpg

NEYMAR menyelamatkan Brazil daripada dimalukan Croatia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2014 dengan menjaringkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan jaringan ketiga untuk mencatatkan kemenangan dramatik 3-1 di Corinthians Arena, awal pagi Jumaat.

Namun, jaringan kedua penyerang Barcelona itu menerusi sepakan penalti dianggap penuh kontroversi apabila pengadil Jepun, Yuichi Nishimura menyalahkan kapten Croatia, Dejan Lovren kerana menjatuhkan Fred sekalipun pemain itu dilihat sengaja merebahkan badan.

Jaringan pertama Neymar pada minit ke-29 jelas menjadi pencetus utama kebangkitan Brazil selepas Croatia terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan sendiri Marcelo pada minit ke-11.

Jentera pertahanan Brazil nampak goyah apabila Ivica Olic mudah berjaya melepasi beberapa pertahanan lawan termasuk kapten, Thiago Silva, sebelum melepaskan sepakan lintang rendah yang dikuis Nikica Jelavic sebelum Marcelo menampannya ke gawang sendiri membuatkan penjaga gol, Julio Cesar sekadar terpaku.

Namun, hasil gerakan cantik bersama Oscar, Neymar kembali mencetus riuh penyokong juara dunia lima kali itu menerusi gol pertamanya apabila rembatan rendah dari jarak 25 meter gagal ditampan penjaga gol, Stipe Pletikosa.

Dua gol Neymar pada perlawanan kali ini menambah jumlah jaringannya buat Brazil kepada 33 gol dalam 50 penampilan.

UTAMAGAYA HIDUPDua Gol Neymar Bantu Brazil Atasi Croatia - #PialaDunia2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium