Colombia 3 – Greece 0 #PialaDunia2014 - pakdin.my

piala-dunia-columbia-greece-1

COLOMBIA 3
Pablo Armero (m5) Teofilo Gutierrez (m58) James Rodriguez (m90+2)

GREECE 0

BELO HORIZONTE: Colombia memulakan kempen Piala Dunia yang kali terakhir disertai 16 tahun lalu menerusi kemenangan selesa 3-0 menentang Greece pada aksi pembukaan Piala Dunia Kumpulan C di Arena Mineirao, sebentar tadi.

Hadir ke Brazil dengan harapan besar sekalipun tanpa kelibat penyerang sensasi, Radamel Falcao, Colombia mendahului seawal minit ke-5 perlawanan menerusi jaringan Pablo Armero yang menyempurnakan hantaran baik pemain tengah James Rodriguez dan Juan Cuadrado menewaskan penjaga gol Greece, Orestis Karnezis.

Masuk babak kedua, Teofilo Gutierrez yang juga penyerang kelab Argentina, River Plate meledak gol kedua Colombia yang bermula daripada sepakan sudut James Rodriguez pada minit ke-58.

Dan gol ketiga Colombia muncul pada masa kecederaan menerusi Rodriguez yang memastikan tiga mata penuh diraih skuad bimbingan Jose Pekerman di Brazil.

UTAMAGAYA HIDUPColombia 3 - Greece 0 #PialaDunia2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium