Xiaomi Malaysia Turunkan Harga Runcit Mi 3 Kepada RM769, Berkuatkuasa Esok - pakdin.my

xiaomi-mi-3-price-cut

Mulai esok Xiaomi Malaysia akan mengurangkan RM120 daripada harga runcit telefon pintar utama, Mi3. Mi3 kini akan dijual dengan harga RM769 sahaja, harga yang sangat rendah untuk telefon pintar berkuasa pemproses Snapdragon 800.

Ramai yang meluahkan kekecewaan apabila Xiaomi Malaysia mengumumkan penurunan harga Mi3 yang diumumkan melalui facebook rasmi Xiaomi MalaysiaPotongan harga tersebut diumumkan selepa Xiomi Malaysia menjual 10,000 unit Mi3 pada harga RM889.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Xiaomi Singapura juga mengurangkan harga runcit daripada Mi3 tidak lama selepas ia mula dijual di negara itu beberapa bulan yang lalu. Ia juga telah mengumumkan penurunan harga SG$40 untuk Mi3, berkuatkuasa serta-merta. Walau bagaimanapun, pada harga runcit yang baru RM769, Mi3 menawarkan nilai yang lebih baik untuk wang mengambilkira faktor perkakasan.

Penurunan harga ini menunjukkan bahawa syarikat berkenaan bersedia untuk membawa alat-alat baru untuk negara ini. Seperti kita sedia maklum Redmi 1S dan Redmi Note sedang dalam perjalanan dibawa masuk ke pasaran negara; manakala Mi 3S dikhabarkan akan tiba bila-bila masa tidak lama lagi.

UTAMAGAYA HIDUPXiaomi Malaysia Turunkan Harga Runcit Mi 3 Kepada RM769, Berkuatkuasa Esok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium