GAYA HIDUPBelanda Kutip Kemenangan Kedua, Tewaskan Australia 3-2 #PialaDunia2014

Belanda Kutip Kemenangan Kedua, Tewaskan Australia 3-2 #PialaDunia2014

Robben (kanan) membuka jaringan perlawanan pada minit ke-20 ketika bertemu Australia
Robben (kanan) membuka jaringan perlawanan pada minit ke-20 ketika bertemu Australia

PASUKAN Belanda mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Australia 3-2 pada aksi Piala Dunia, awal pagi Khamis.

Penyerang berbisa Bayern Munich, Arjen Robben membuka jaringan pada minit ke-20 untuk Belanda namun Tim Cahill menyamakan kedudukan seminit selepas itu.

Skuad Australia yang dibimbing Holher Osieck menguasai babak pertama permainan, cuba memecah benteng pertahanan Belanda.Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Babak kedua menyaksikan rentak Belanda semakin rancak dengan percubaan bahaya, namun Australia berjaya mendahului kedudukan selepas Mile Jedinak menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 gara-gara terkena tangan Janmaat.

Tiga minit selepas itu, penyerang Manchester United, Robin van Persie kembali menyamakan jaringan.

Jaringan kemenangan Belanda dijaringkan oleh Memphis Depay hasil percubaan jarak jauh menewaskan penjaga gol Australia, Matthew Ryan.

Kemenangan ini menyaksikan Belanda kini mengutip jumlah tertinggi dengan lapan gol.

Senarai pemain:

BELANDA: Cillessen, Vlar,De Vrij, Martin Indi, Blind, De Jong, Janmaat,De Guzman, Van Persie, Sneijder, Robben

AUSTRALIA: Ryan, Davidson,Cahill, Spiranovic, Leckie, Oar,Jedinak,McKay, MacGowan, Wilkinsn,Bresciano

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami