Hanya keajaiban mungkin bantu England layak pusingan kedua #PialaDunia2014 - pakdin.my

Impian England dalam Piala Dunia boleh dikatakan berakhir selepas Luis Suarez menjadi wira Uruguay menewaskannya 2-1 di Sao Paulo, awal pagi tadi.

Penjaring utama Liverpool itu meledakkan dua gol di Stadium Corinthians Arena walaupun Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol sulungnya dalam kancah Piala Dunia kali ini.

Keputusan itu menyaksikan England tidak mengumpul sebarang mata selepas tewas 1-2 kepada Itali dalam perlawanan pertama. Namun, England masih mempunyai harapan tipis untuk ke pusingan kalah mati – tetapi mengharapkan ehsan Itali.

England berharap Itali menang ketika berdepan Costa Rica malam ini dan Uruguay minggu depan. Jika berlaku sebaliknya, England tidak mampu menyaingi mata yang dipungut oleh Uruguay dan Costa Rica.

Bagaimanapun, England masih perlu menundukkan Costa Rica dengan jaringan gol yang besar di samping berharap menduduki tangga kedua dalam kumpulan D berdasarkan perbezaan gol.

pialadunia2014-group-d

Sementara itu Pengurus pasukan, Roy Hodgson yang berwajah kecewa tetap mempertahankan anak didiknya apabila berkata mereka membuat negara bangga atas persembahan tadi di gelanggang.

“Saya tidak nampak sesiapa pun mengecewakan saya, pasukan atau pun negara,” kata pengendali berusia 66 tahun itu. Pada Piala Dunia 1994 dia pernah mengemudi Switzerland mara ke kelompok 16 terakhir.

“Kami melepaskan dua gol tapi berjaya menyekat peluang lain lawan. Saya lihat kami memiliki kawalan bola lebih banyak tapi Uruguay bertindak baik menyekat kami menjaringkan gol.”

England kini mengharapkan Itali menewaskan Costa Rica untuk menghidupkan peluang mereka.

Namun, Hodgson yang mengemudi England mara ke suku akhir Euro 2012 selepas menggantikan Fabio Capello akur pemainnya kecewa gagal mencari mata.

“Setiap pemain berusaha gigih dan mereka kecewa ketika ini. Sukar untuk mengatakan apa-apa ketika ini.”

UTAMAGAYA HIDUPHanya keajaiban mungkin bantu England layak pusingan kedua #PialaDunia2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium