Pergaduhan Di Pemilihan Semula PKR Cabang Kuala Langat Dan Kuala Selangor #DemoKerusiPKR - pakdin.my

pemilihan-cabang-kuala-langat-gaduh

Sudah menjadi satira politik di kalangan orang ramai “asal ada pemilihan PKR, adalah pergaduhan, adalah baling kerusi”.

 

 

Di Kuala Langat, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) cabang berkenaan dilihat mengadakan kawalan ketat di pusat pemilihan semula pada Sabtu bagi mengelakkan berlaku lagi sebarang kekecohan seperti pada pemilihan pertama sebelum ini.

Namun didapati wujud sedikit rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota PKR berikutan sistem pengundian parti itu dikatakan tidak menyediakan maklumat terperinci mengenai calon yang bertanding menyebabkan mereka tidak tahu siapa calon yang mahu diundi.

Disebabkan perkara itu, pengundi dikatakan terpaksa mengundi tanpa mengetahui nombor calon yang mereka pilih.

Akibatnya tercetus pergaduhan di sebuah warung makan kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Seorang daripada petugas JPP yang dikenali sebagai Zainal, yang juga anggota PKR Shah Alam, telah dipukul oleh sekumpulan 25 orang penyokong yang didakwa Ketua PKR cabang itu yang juga ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Proses pemilihan semula jawatan di PKR Kuala Selangor juga turut kecoh seketika apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang penyokong calon lain.

 

 

Difahamkan, calon ketua cabang berkenaan, S. Manikavasagam bertindak menegur tindakan lelaki berkenaan kerana didakwa cuba berkempen di hadapan pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Bagaimanapun teguran Manikavasagam itu dikatakan dibalas individu berkenaan sehingga tercetus perang mulut namun kemudiannya dileraikan penyokong lain termasuk anggota jawatankuasa pemilihan parti (JPP) yang sedang bertugas.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut, Manikavasagam berkata ia hanya sedikit salah faham.

“Ada orang tukar-tukar ‘chai’ (kertas nombor calon)… orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR pusat,” katanya ketika ditanya pemberita selepas selesai mengundi.

UTAMAPOLITIKPergaduhan Di Pemilihan Semula PKR Cabang Kuala Langat Dan Kuala Selangor ...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium