FITNAH PKR TERHADAP SPR MEMAKAN DIRI #PemilihanPKR - pakdin.my

Bersih-Merusuh

Anggota Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, segala tuduhan pembangkang, khususnya PKR sebelum ini yang lantang mengkritik dan mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya kurang telus, tidak bersih dan tidak cekap dalam menguruskan pilihan raya negara kini telah memakan diri sendiri.

Menurut Shamsul, ahli Parlimen Lenggong, segala fitnah dan tuduhan yang dilempar terhadap SPR kini terkena parti mereka sendiri apabila proses pemilihan parti itu dilihat jauh lebih teruk, huru-hara dan penuh dengan kekecohan dan adegan keganasan termasuk membaling kerusi dan meja.

“Jika mereka sanggup menipu dan mengheret rakyat ke jalanan untuk memprotes SPR, seharusnya pemilihan parti mereka haruslah berjalan dengan lancar dan baik, malah lebih teratur kerana mereka bercakap seolah-olah mereka itu amat ‘bijak’… seolah-olah mereka boleh melakukan jauh lebih baik.

“Mereka mendesak SPR mengikut senarai kehendak mereka sehinggakan kita melaksanakan penggunaan dakwat kekal tetapi lihatlah apa yang terjadi dalam pemilihan PKR…terlalu banyak kepincangan dan pentadbiran mereka jauh lebih buruk dari setiap tuduhan yang mereka lemparkan kepada SPR,” jelas beliau.

Tambah Shamsul, insiden demi insiden pada pemilihan PKR, termasuk pemilihan semula yang diadakan secara tidak langsung membuktikan bahawa SPR sebenarnya telah melakukan sesuatu yang terbaik dengan mengendalikan berjuta rakyat keluar mengundi manakala PKR walaupun hanya mengendalikan beberapa ribu pengundi gagal sepenuhnya.

Menurut beliau, pemilihan parti bukanlah suatu proses pengundian yang besar seperti pilihan raya umum (PRU) mahupun pilihan raya kecil (PRK) namun terlalu banyak ‘lubang’ yang tidak mampu diperbaiki oleh PKR.

“PKR ini adalah sebuah parti yang cakap tidak serupa bikin. Mereka sering menuduh orang lain tetapi ibarat meludah ke langit terpalit muka sendiri.

“PKR sepatutnya memohon maaf kepada SPR kerana telah melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap badan tersebut,” tegas Shamsul.

Rakyat juga, katanya, harus menilai dengan lebih jauh dengan apa yang telah terjadi ini.

“Adakah parti sebegini layak untuk diberi mandat mentadbir negara sedangkan untuk mentadbir parti sendiripun mereka gagal,” soal Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

UTAMAPOLITIKFITNAH PKR TERHADAP SPR MEMAKAN DIRI #PemilihanPKR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium