UtamaNASIONALMH370: Penumpang, krew dipercayai...

MH370: Penumpang, krew dipercayai mati sesak nafas sebelum hilang - pakdin.my

MH370-pesawat-gs

Semua penumpang dan krew pesawat penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan pesawat berkenaan dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi, mengikut laporan terbaharu pihak berkuasa Australia yang disiarkan hari ini.

Dalam laporan setebal 55 muka surat itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia menjelaskan, kesimpulan tersebut dicapai selepas pasukan penyiasat membuat perbezaan senario dalam pesawat berbanding dengan insiden-insiden sebelum ini namun tiada bukti baharu dikemukakan berhubung keadaan dalam pesawat tersebut.

Menurut laporan tersebut, kegagalan komunikasi dan corak penerbangan stabil yang menyerupai cara penerbangan pemanduan automatik mengukuhkan lagi dakwaan bahawa semua penumpang dan krew telah meninggal dunia lebih awal, dipercayai akibat sesak nafas.

Selain itu jelasnya, beberapa petunjuk luar biasa yang ditinggalkan sepanjang laluan penerbangan pesawat berkenaan dan tiada campur tangan juruterbang juga diambil kira sebagai bukti mengukuhkan dakwaan tersebut.

“Berdasarkan penilaian tersebut, situasi terakhir yang menunjukkan tiada maklum balas daripada krew atau kejadian kekurangan oksigen dilihat sebagai bukti terbaik untuk menjelaskan senario yang berlaku pada tempoh akhir penerbangan pesawat MH370 ketika menuju ke arah selatan (Lautan Hindi),” jelas lapor itu tanpa menjelaskan punca semua penumpang dan krew sesak nafas.

Bagaimanapun laporan tersebut menjelaskan bahawa kesimpulan berkenaan dibuat bagi mengecilkan skop pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss mengumumkan lokasi pencarian baharu pesawat MH370 bermula Ogos depan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi, melibatkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Pencarian di kawasan tersebut yang dikenali sebagai ‘arka ketujuh’ (lokasi terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit) akan dimuktamadkan dalam tempoh setahun.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...