Khalid dan Tony bertelagah isu air - pakdin.my

khalid-tony-pua-krisis-air

Inilah kerja Pakatan Rakyat (PR) apabila saling mengkritik di antara satu sama lain.

Ia jelas menampakkkan kepincangan di kalangan mereka sendiri yang sentiasa tidak menyokong di antara mereka walaupun duduk di bawah satu bumbung – PR.

Selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membidas tindakan Tan Sri Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor gagal melaksanakan janji berhubung masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang kini giliran Khalid pula mengkritik Tony Pua kerana lantang mempertikai soal pentadbiran kerajaan negeri menguruskan isu air.

Khalid melalui kenyataan medianya melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Tony Pua melalui kritikan pedasnya itu yang disifatkannya sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, kerajaan negeri berusaha keras untuk memastikan rakyat tidak terus terkesan dan menderita ekoran krisis air yang melanda negeri itu akibat kesan fenomena El Nino.

“Untuk makluman Tony Pua, setakat ini Kerajaan Negeri masih belum dapat memasuki premis SYABAS ataupun melihat semua dokumen, data dan butiran maklumat mengenai ndustri air ini.

“Justeru, apabila berlaku gangguan bekalan air adalah salah bagi YB Tony Pua menuding jari kepada Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) yang telah bertungkus lumus menjayakan usaha penstrukturan industri air,” katanya di dalam kenyataan tersebut.

Khalid dalam pada itu meminta semua pemimpin PR untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah air ini.

Beliau berharap agar tidak ada pihak yang menzahirkan kenyataan-kenyataan yang berunsur provokatif sebaliknya berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kesulitan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan bersama kementerian yang berkenaan bagi mencari alternatif kepada gangguan bekalan air yang ada.

“Dalam pada itu, saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pagi tadi dan beliau turut melahirkan rasa kesal tindakan SYABAS yang gagal memastikan perkhidmatan pengagihan air dilakukan secara lancar.

“Menteri juga memberi jaminan kepada Kerajaan Selangor dan seluruh pengguna air di Lembah Klang untuk memastikan SYABAS bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan dengan segera kelemahan teknikal dalam pengagihan air untuk mengelak ganguan air tidak berjadual terus berulang,” katanya lagi.

Tony Pua yang juga Setiausaha Kebangsaan DAP membidas kerajaan negeri Selangor supaya tidak memberi alasan ke atas gangguan bekalan air.

Kritikan itu adalah ekoran kerajaan negeri sebelum ini sudah berjanji krisis air di Selangor tidak akan berulang lagi.

Syabas telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan di sekitar Selangor termasuk di kawasa Gombak, Petaling Jaya dan juga Klang.

UTAMAPOLITIKKhalid dan Tony bertelagah isu air

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium