BERITADUNIAJemaah maut dalam serangan di masjid pada hari kedua Ramadan di Pattani

Jemaah maut dalam serangan di masjid pada hari kedua Ramadan di Pattani

serangan-masjid-pattani-ramadhan

BANGKOK: Pihak militan melepaskan tembakan di sebuah masjid di kawasan bergolak di wilayah Pattani dan mengorbankan seorang lelaki pada hari kedua Ramadan hari ini.

Serangan selepas waktu Subuh itu oleh pihak yang disyaki militan di selatan Thailand itu dikatakan menyasarkan seorang penolong ketua kampung tetapi sebaliknya mengakibatkan kecederaan teruk ke atas seorang jemaah lelaki berusia 66 tahun selepas waktu Subuh, kata Leftenan Kolonel Somchai Janyoung.

“Mangsa meninggal dunia di hospital selepas terkena dua kesan tembakan di masjid berkenaan. Dia adalah bapa kepada imam di masjid itu.

“Penolong ketua kampung yang disasarkan itu bagaimanapun terlepas dan hanya cedera di kaki,” kata Somchai.

Polis tidak dapat menyatakan secara khusus berapa anggota militan terbabit dalam kejadian itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami