UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - KEMATIAN...

BEERSIH 2.0 – KEMATIAN MENGEJUT SEORANG LELAKI SEMASA MENYAKSIKAN PERHIMPUNAN - pakdin.my

KES KEMATIAN MENGEJUT SEORANG LELAKI SEMASA MENYAKSIKAN PERHIMPUNAN HARAM PADA 9 JULAI 2011

TERDAPAT KHABAR ANGIN YANG DISEBARKAN MELALUI TWITTER, BLOG – BLOG DAN BEBERAPA SALURAN MEDIA YANG LAIN BAHAWA TELAH BERLAKU SATU KES KEMATIAN AKIBAT TINDAKAN POLIS ( TERKENA GAS PEMEDIH MATA ATAU DIPUKUL ) SEMASA MENYURAIKAN PENYOKONG-PENYOKONG PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 DI KAWASAN KLCC PADA 9 JULAI 2011.

DI SINI SAYA INGIN MEMPERJELASKAN BAHAWA KES KEMATIAN TERSEBUT BUKAN BERPUNCA DARIPADA SEBARANG TINDAKAN PIHAK POLIS.

KETERANGAN KES
PENGADU SEORANG DOKTOR DI JABATAN KECEMASAN HOSPITAL KUALA LUMPUR MELAPORKAN BAHAWA PADA 9 JULAI 2011 LEBIH KURANG JAM 5.10 PETANG, BELIAU TELAH MENERIMA SEORANG PESAKIT LELAKI YANG DIHANTAR MENGGUNAKAN VAN AMBULAN.

USAHA – USAHA TELAH DILAKUKAN OLEH PIHAK DOKTOR TERSEBUT UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA MANGSA NAMUN PADA KIRA-KIRA JAM 5.30 PETANG MANGSA GAGAL DISELAMATKAN DAN DISAHKAN MENINGGAL DUNIA.

HASIL SIASATAN AWAL PIHAK POLIS
SI MATI (MANGSA) IALAH SEORANG LELAKI MELAYU BERUMUR 59 TAHUN, BEKERJA SEBAGAI PEMANDU TEKSI, BERNAMA BAHARUDIN BIN AHMAD, ALAMAT DI AU3, ULU KELANG, KL.

MENGIKUT KETERANGAN SAKSI IAITU ANAK KEPADA SI MATI YANG BERNAMA MOHD NASRUL BIN BAHARUDIN (22 TAHUN) SEORANG PELAJAR DI MSU SHAH ALAM, AYAHNYA ( SI MATI ) ADA MEMBERITAHU BELIAU BAHAWA DIA HENDAK PERGI KE KLCC UNTUK MNYAKSIKAN PERHIMPUNAN HARAM.

ANAK JUGA MEMBERITAHU BAHAWA SEMASA KELUAR DARI RUMAH, SI MATI MEMAKAI BAJU KEMEJA PUTIH DAN BERKOPIAH. ANAK MANGSA JUGA MENGESAHKAN BAHAWA AYAHNYA SEORANG PENGIDAP PENYAKIT DARAH TINGGI.

LAPORAN AWAL POST MORTEM OLEH PAKAR PERUBATAN HOSPITAL KUALA LUMPUR KE ATAS MAYAT SI MATI MENDAPATI TIADA KESAN-KESAN KECERDERAAN LUARAN ATAU PUN DALAMAN TUBUH BADAN SI MATI. DOKTOR MENGESAHKAN BAHAWA KEMATIAN MANGSA BERPUNCA DARIPADA MASALAH KOMPLIKASI JANTUNG.

PIHAK POLIS MENJALANKAN SIASATAN KES INI SEBAGAI KES MATI MENGEJUT
( SDR ).

PIHAK POLIS MENASIHATKAN ORANG RAMAI SUPAYA JANGAN MEMBUAT SPEKULASI ATAU SEBARANG ANDAIAN YANG TIDAK TEPAT TENTANG KES KEMATIAN INI.

t.t
( DATO’ AMAR SINGH S/O ISHAR SINGH ) SAC
PEMANGKU KETUA POLIS
KUALA LUMPUR

( DIKELUARKAN PADA 10 JULAI 2011 JAM 2.00 PETANG )

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU