7.5 juta paket makanan diagih di Masjidil Haram #Ramadhan - pakdin.my

iftar-in-makkah

Sebanyak 7.5 juta bungkusan makanan berbuka puasa akan diagih-agihkan kepada jemaah umrah yang berada di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut laman web arabnews.com, sebanyak 250,000 bungkusan makanan akan disediakan setiap hari, di mana 80,000 daripadanya akan diagihkan di bahagian utara, manakala 70,000 lagi di bahagian selatan masjid.

“Kami juga akan mengagihkan antara 90,000 ke 120,000 bungkusan di bahagian Azza dan Shamiya,” kata seorang pegawai, sambil menambah operasi tersebut turut melibatkan sukarelawan daripada kalangan anak muda Arab Saudi.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMA7.5 juta paket makanan diagih di Masjidil Haram #Ramadhan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium