Warga emas maut dihempap kayu bergergaji akibat treler terbalik dekat Bidor (video)

Warga emas maut dihempap kayu bergergaji akibat treler terbalik dekat Bidor (video)

treler-bawa-kayu-terbalik-bidor

Seorang warga emas maut akibat dihempap timbunan kayu bergergaji yang dibawa sebuah treler di Km 65.7, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad, Bidor dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, Tan Lee Meng, 64, meninggal di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, Tan sedang menunggang basikal dari arah Tapah menghala Sungkai.

“Tiba di laluan selekoh, treler terbabit yang datang dari arah yang sama hilang kawalan dan terbalik ke kiri jalan sebelum bahan muatannya menghempap mangsa,” katanya ketika dihubungi.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Pemandu maut, 4 penumpang cedera kemalangan di Serendah

Bas Ekspres Terbalik Dekat Rawang, Seorang Maut

Pemandu parah kemalangan dua kereta di Kalumpang

Polis Nafi Jambatan Runtuh Di Jalan Kuching

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami