Khalid Mendahului Jawatan No.2 #PemilihanPKR

azmin-khalid-saifuddin

Kem calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Menteri Besar Selangor itu kini mendahului persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, walaupun gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor.

Sumber terdekat Khalid memberitahu The Star Online bahawa beliau kini mempunyai kelebihan berbanding Azmin Ali dengan memperolehi majoriti 700 undi untuk jawatan tersebut, selepas pemilihan baharu yang diadakan di beberapa bahagian.

Namun, kem Azmin menafikan jumlah majoriti undi tersebut dengan mendakwa Khalid berada di ambang kekalahan.

“Berdasarkan pengiraan kami, Khalid menerima lebih banyak undi di 11 cabang di Selangor, lima di Sarawak dan empat di Sabah. Di Sabah misalnya, beliau mendapat lebih 1,700 undi,” kata sumber.

Setakat ini, PKR mengadakan pemilihan semula di 25 cabang dengan baki dua lagi cabang iaitu di Puchong dan Kelana Jaya akan diadakan pada 10 Ogos ini.

Pemilihan semula diadakan di 27 cabang kerana wujud pelbagai percanggahan dan penyelewengan dalam proses pengundian yang diadakan secara rasmi dari 26 April hingga 11 Mei lalu.

Menurut sumber tersebut, Khalid menang di Kota Raja, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Selayang, Subang, Kapar, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Di Sabah, Khalid mendapat majoriti undi di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar.

Sementara itu, undi di beberapa bahagian di Sarawak iaitu di Limbang, Julau, Kapit, Sarikei dan Batang Sadong turut dikatakan berpihak kepada Khalid.

Bagaimanapun, kem Azmin menegaskan Ahli Parlimen Gombak itu belum tewas tetapi sebaliknya memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu.

Menurut sumber yang enggan dikenali, Azmin menerima 20,351 undi manakala Khalid mendapat 15,767 undi sehingga 1 Julai.

Sementara itu, pencabar ketiga, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai peluang tipis untuk menang selepas sekadar memperoleh 9,590 undi setakat ini.

Keputusan itu tidak termasuk undi dari Subang, Sg Besar, Keningau, Pensiangan, Papar, Tenom, Kelana Jaya dan Puchong.

“Adalah tidak benar Khalid sedang mendahului. Walaupun terdapat undi dari beberapa cabang, ia masih tidak diambil kira, Azmin masih kekal mendahului,” kata sumber dari kem Azmin.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...