UtamaKu Nan Sangkal Kerajaan...

Ku Nan Sangkal Kerajaan Zalim Terhadap Gelandangan, Pengemis - pakdin.my

pengemis

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan gelandangan dan pengemis susulan langkah melarang orang ramai memberi makan dan menderma kepada mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan itu sebaliknya berkata, kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di ‘Anjung Singgah’.

“Usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara dan aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kementerian berkenaan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti lokasi sesuai bagi penempatan golongan itu dengan menyediakan bangunan seperti konsep ‘Anjung Singgah’ yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Antara yang akan disediakan di premis itu ialah adalah makanan berkhasiat secara percuma dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan menyumbang makanan.

Kemudahan lain ialah tempat rehat, pusat rawatan kesihatan, pusat pendaftaran bersepadu untuk merekod maklumat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudahan riadah, perkhidmatan dobi, khidmat kaunseling serta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan sesuai.

Tengku Adnan menarik perhatian bahawa masalah gelandangan selama ini menyumbang kepada masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pengunjung termasuk pelancong manakala pengemis kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan dan tepi jalan.

Selain kebersihan, mereka menyumbang kepada pelbagai masalah sosial, keselamatan selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.

“Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit,” kata Tengku Adnan mengenai golongan gelandangan.

Jelasnya, masalah gelandangan menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu dan masalah timbul apabila mereka berebut kawasan sehingga mencetuskan pergaduhan.

Beliau turut berkata, kementerian dan DBKL akan mengenal pasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO yang aktif menyediakan makanan kepada golongan gelandangan dapat meneruskan aktiviti mereka.

Pemilihan lokasi akan mengambil kira akses yang mudah kepada golongan gelandangan dan ia juga akan mengurangkan masalah kekotoran.

Tahun lepas, DBKL mengangkut 965 gelandangan, 125 daripada mereka pendatang asing. Bagi lima bulan pertama tahun ini, 117 gelandangan termasuk 21 pendatang asing telah diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988