Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaGAYA HIDUPAGAMA28 Soalan Undang-Undang Oleh...

28 Soalan Undang-Undang Oleh Gereja Katolik Gagal Penuhi Keperluan Asas – Penghakiman Bertulis - pakdin.my

herald-kalimah-allah

Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan bahawa 28 soalan tentang undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan soalan am dikemukakan pihak Gereja Katolik gagal memenuhi keperluan asas di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu.

“Sebanyak 28 soalan bagi kebenaran dikemukakan oleh pemohon yang terbahagi kepada tiga bahagian di bawah tajuk soalan undang-undang pentadbiran, soalan undang-undang perlembagaan dan soalan am.

“Untuk kebenaran diberikan, bebanan terletak pada pemohon untuk memuaskan hati Mahkamah ini bahawa soalan dikemukakan melepasi asas ditetapkan dalam Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA),” kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh anggota yang membuat keputusan majoriti 4-3 terhadap gereja itu pada 23 Jun.

Penghakiman bertulis itu dimuat turun pada Isnin daripada laman web rasmi Mahkamah Persekutuan.

“Kuasa Menteri untuk memberikan permit untuk mencetak dan menerbitkan surat khabar di Malaysia terkandung dalam Seksyen 6 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, manakala Seksyen 12 akta sama memberikan Menteri budi bicara untuk mengenakan mana-mana syarat bagi permit itu yang beliau fikirkan wajar.

“Dalam melaksanakan budi bicara itu, Menteri dalam kes ini telah melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam Herald. Ia tidak mempertikaikan ciri-ciri syarat yang mungkin dikuatkuasakan oleh Menteri yang tertakluk dalam budi bicara beliau.

“Isu di hadapan kami adalah sama ada penguatkuasaan syarat itu dalam melaksanakan budi bicara beliau di bawah Akta itu adalah tertakluk kepada penelitian kehakiman atau sebaliknya,” katanya.

Dalam menimbangkan isu sama ada Mahkamah Rayuan telah mengguna pakai ujian yang betul atau tidak, Ariffin berkata beliau mengambil kira seluruh penghakiman oleh Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan bukan sekadar melihat kepada terma yang digunakan dalam penghakiman berkenaan.

“Lagipun, intipati penghakiman berbanding terma yang digunakan patut digunakan sebagai ukuran,” katanya.

Hakim Arifin juga berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayani cabaran pihak gereja terhadap kesahihan atau perlembagaan enakmen beberapa negeri yang menetapkan untuk mengawal dan melarang pengembangan doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.

Beliau berkata soalan perlembagaan dikemukakan pihak gereja berhubung hak mereka yang termaktub dalam Perkara 3, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipertimbangkan secara terpencil tanpa mengambil kira enakmen-enakmen negeri.

Pada 23 Jun, dalam keputusan majoriti 4-3, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pihak gereja bagi kebenaran untuk membatalkan larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ yang merujuk kepada ‘God’ dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa Malaysia.

Penghakiman Arifin dipersetujui oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang tidak memihak kepada penghakiman itu memutuskan Gereja Katolik berhak diberikan kebenaran untuk merayu kerana terdapat isu penting di sisi undang-undang yang telah dibangkitkan oleh pihak gereka untuk diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam penghakiman bertulis setebal 69 muka surat, Hakim Malanjum memutuskan pihak gereja telah memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96(a) dan (b) Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman untuk diberikan kebenaran merayu.

“Wajar ditekankan bahawa selain daripada keperluan itu, satu faktor yang perlu diberikan pertimbangan serius adalah tahap kepentingan awam dalam isu undang-undang yang dibangkitkan oleh pemohon (pihak gereja) dan tentang keperluan ia diselesaikan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Katanya isu serius berhubung langkah Menteri Dalam Negeri dalam melaksanakan budi bicaranya melarang kalimah ‘Allah’ dalam Herald adalah berhubung fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Herald telah diedarkan selama 14 tahun sebelum penguatkuasaan larangan itu.

Dua lagi hakim yang mempunyai pendapat bertentangan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883