Argentina layak final tewaskan Belanda penentuan sepakan penalti #PialaDunia2014 - pakdin.my

pialadunia2014-argentina-belanda-sf-penalti

SAO PAULO: Argentina melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun selepas menyingkirkan Belanda menerusi penentuan sepakan penalti 4-2, sebentar tadi.

Ini adalah kali pertama perlawanan separuh akhir berlangsung tanpa sebarang gol selepas 120 minit permainan berkesudahan 0-0 dengan kedua-dua pasukan lebih gemar mempamer aksi defensif.

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero muncul wira menyelamatkan dua tendangan Belanda menerusi Ron Vlaar dan Wesley Sneijder untuk membawa pasukannya menempah pertemuan akhir menentang Jerman pada Isnin ini.

Final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro mengulangi perlawanan akhir Jerman-Argentina pada 1986 dan 1990.

Argentina menang 3-2 pada 1986, namun Jerman menebus kekecewaan itu empat tahun kemudian dengan melakar kemenangan 1-0.

Belanda yang terus kempunan memburu kejuaraan dunia buat kali pertama akan berdepan tuan rumah dan juara lima kali, Brazil pada penentuan tempat ketiga, Ahad ini.

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero berjaya menghalang sepakan penalti Sneijder
Penjaga gol Argentina, Sergio Romero berjaya menghalang sepakan penalti Sneijder

 

 

Piala Dunia: Argentina, Belanda buntu babak pertama

 

SAO PAULO: Tiada ‘pesta jaringan’ seperti yang berlaku, semalam pada aksi separuh akhir membabitkan Belanda dan Argentina dengan kedua-dua pasukan diikat 0-0 berakhir babak pertama di Arena de Sao Paulo, sebentar tadi.

Hadir dengan misi tersendiri, perlawanan yang menampilkan kualiti individu pemain berlangsung pantas namun gerakan lebih banyak berlegar di bahagian tengah tanpa percubaan benar-benar berbahaya depan gawang lawan.

PENYERANG Argentina, Lionel Messi terjatuh selepas pergerakannya dikawal ketat pertahanan Belanda pada aksi perlawanan separuh akhir Piala Dunia
PENYERANG Argentina, Lionel Messi terjatuh selepas pergerakannya dikawal ketat pertahanan Belanda pada aksi perlawanan separuh akhir Piala Dunia

….

UTAMAGAYA HIDUPArgentina layak final tewaskan Belanda penentuan sepakan penalti #PialaDunia2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium