BERITAKebakaran Di Medan Selera One Utama Sebabkan Kesesakan

Kebakaran Di Medan Selera One Utama Sebabkan Kesesakan

one-utama-terbakar

Kebakaran di medan selera di pusat membeli-belah 1 Utama di sini, pagi Jumaat menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong kerana pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat insiden itu.

Seorang jurucakap 1 Utama ketika dihubungi mengesahkan berlaku kebakaran kecil di medan selera Food Republic di sayap baharu, pusat membeli-belah itu.

“Kami boleh mengesahkan terdapat kebakaran kecil yang bermula dari dapur sebuah kedai di dalam Food Republic. Kebakaran itu tidak merebak dan berjaya dipadamkan,” katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran itu kerana pusat membeli-belah itu mula dibuka kepada orang ramai pada pukul 10 pagi.

“Pihak pengurusan sedang menunggu laporan punca kebakaran itu dan akan menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan,” katanya.

Seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara Utama berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh kakitangan pusat membeli-belah terbabit sebaik bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Kebakaran bermula daripada kipas pengudaraan yang tidak dapat menyerap api sepenuhnya daripada gril milik sebuah kedai,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami