Benteng rapuh punca Brazil ketinggalan 0-2 di babak pertama (video) - pakdin.my

pialadunia2014-brazil-belanda-3-4-1

BRASILIA – Benteng Brazil sekali lagi menunjukkan aksi buruk pada penentuan tempat ketiga Piala Dunia apabila membenarkan Belanda membolosi gawang mereka dua kali dalam tempoh 14 minit untuk ketinggalan 0-2 di babak pertama, sebentar tadi.

Kapten, Thiago Silva melakukan kesilapan besar apabila menjatuhkan Arjen Robben untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Belanda seawal minit kedua.

Pengadil dari Algeria, Djamel Haimoudi melayangkan kad kuning kepada Silva dan memberi penalti kepada Belanda yang disempurnakan dengan baik oleh Robin van Persie untuk Oranje mendahului 1-0.

Pada minit ke-17, kesilapan penolong ketua pasukan, David Luiz pula membuka ruang kepada gol kedua Oranje yang disempurnakan Daley Blind untuk tuan rumah dikejutkan 0-2.

 

 

UTAMAGAYA HIDUPBenteng rapuh punca Brazil ketinggalan 0-2 di babak pertama (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium