Serangan Di Pulau Mabul: Zakiah Masih Hidup, Lokasi Tidak Diketahui - pakdin.my

Mangsa berdiri di sebelah kanan dan menyandang senjata. Konst 176543 Zakiah Bin Aleip - 26 tahun - Bajau -islam - Berkhwin ( 1 anak ) - Isteri : Sharifah Erna Bti Berson - Tempat betugas sebelum: – PPM W1 Pulau Pinang -Jawatan sekarang: Konst Radar Ploter Bot RH 40, Unit Pencegahan Jenayah Perairan ( Marin ) Balai Polis Pulau Mabul. - Alamat: Kg Sambah Tengilan Tamparuli Sabah.
Mangsa berdiri di sebelah kanan dan menyandang senjata.
Konst 176543 Zakiah Bin Aleip

SEMPORNA: Konstabel Zakiah Aliep yang diculik penjenayah bersenjata di Pulau Mabul, di sini menelefon isternya pada malam Ahad memaklumkan beliau masih hidup.

“Dia menelefon isterinya (Sharifah Erna Berson) semalam (Ahad) memaklumkan dia ok dan kini berada bersama beberapa orang,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada The Star.

Apabila ditanya, di mana Zakiah ditahan, Khalid berkata, pihaknya tidak pasti dan masih menunggu maklumat terbaharu.

Beliau juga berkata, secara kasarnya, polis sudah mengenal pasti identiti beberapa pihak yang dipercayai terbabit dalam serangan di Pulau Mabul pada malam Sabtu lalu itu.

Setakat ini, katanya polis tidak menerima sebarang permintaanwang tebusan daripada kumpulan penculik berkenaan.

Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya telah meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat peranginan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita pasti ada penglibatan dalang-dalang di kawasan berhampiran yang berhubung dengan pihak musuh kerana mereka boleh bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berharap masyarakat tidak membuat spekulasi berhubung insiden berkenaan.

“Kita lihat kebelakangan ini beberapa tindakan penjenayah melakukan pelbagai jenayah yang dipercayai mereka ingin melakukan satu lagi penculikan tapi kerana kehadiran pasukan keselamatan kawasan itu, mereka tidak dapat melakukannya,” katanya.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan penjenayah terbabit sanggup membunuh dan menembak pasukan keselamatan untuk membalas dendam apabila usaha penculikan gagal.

Zakiah, 26, diculik selepas rakanya, Koperal Abd Rajah Jamuan, 32 mati ditembak dalam serangan itu. Anggota polis marin yang terkorban itu dikebumikan pada Isnin dengan penuh istiadat penghormatan polis.

Dalam kejadian pada 11.10 malam pada Sabtu lalu, kedua-dua anggota pasukan keselamatan itu diserang lapan lelaki rakyat Filipina yang bertopeng dan bersenjata.

Selepas menembak mati Abd Rajah, kumpulan penjenayah yang menceroboh sebuah pusat peranginan di pulau itu menculik Zakia dan melarikan diri ke selatan negara berkenaan.

UTAMABERITASerangan Di Pulau Mabul: Zakiah Masih Hidup, Lokasi Tidak Diketahui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium