BERITAMarah Hendak Dicerai, Wanita Myanmar Potong Kemaluan Suami

Marah Hendak Dicerai, Wanita Myanmar Potong Kemaluan Suami

potong-kemaluan
Gambar file

Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

“Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya di sini Selasa.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami