BERITA#MH17: Najib panggil sidang Parlimen tergempar (video)

#MH17: Najib panggil sidang Parlimen tergempar (video)

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.wpid-mh17-najib-sidang-media-khas.jpg

Beliau berkata, sidang tergempar itu adalah bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu.

Katanya, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.

“Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti-bukti sahih dapat disahkan,” kata Perdana Menteri dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam tadi.

Najib berkata beliau difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian itu dikuasai dan dikawal oleh pasukan pemberontak.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami