BERITA#MH17: Penerbangan Lain Mula Elak Ruang Udara Ukraine

#MH17: Penerbangan Lain Mula Elak Ruang Udara Ukraine

mh17-last-contact-radar

Beberapa syarikat penerbangan lain mengelak dari terbang di ruang udara Ukraine berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas pada Khamis.

Dilaporkan syarikat penerbangan Belanda, KLM Royal Dutch Airlines (KLM), rakan kongsi kod MAS adalah antara yang pertama mengumumkan mengelak daripada terbang di kawasan berkenaan sejak berlaku tragedi itu.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada Jumaat mengesahkan kesemua syarikat penerbangan China telah diberi amaran untuk melencong dari ruang udara Ukraine.

mh17-ukraine-path

Penerbangan India iaitu Air India dan Jet Airways turut melencong penerbangan mereka dari zon konflik Ukraine selepas kejadian MH17 terhempas

Sementara itu Reuters melaporkan Air France Airlines, Singapore Airlines dan Turkish Airlines turut mengelak ruang udara Ukraine.

Bristish Airways turut sama berbuat demikian kecuali bagi perkhidmatan sehari sekali antara Heathrow dan Kiev sementara Lufthansa Airlines turut mengelak ruang udara timur Ukraine dengan serta merta.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami