UtamaNASIONAL#MH17: Jenazah Perlu Dimandikan...

#MH17: Jenazah Perlu Dimandikan Sebelum Solat Jenazah Ghaib – Bekas Mufti - pakdin.my

mh17-mayat-2

Jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang beragama Islam, masih perlu dimandikan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan solat jenazah ghaib.

Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad berkata sekalipun tidak dapat dibezakan sama ada mangsa beragama Islam atau tidak, namun soal mandikan jenazah tetap perlu dilakukan terlebih dahulu.

“(Selepas mandikan jenazah) Barulah boleh dilakukan upacara solat jenazah ghaib,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sekiranya jenazah itu tidak dapat dimandikan, maka ia akan disembahyangkan jenazah seperti biasa.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur Khamis lepas.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Sementara itu, beberapa ketua agama turut menggesa kalangan rakyat Malaysia menzahirkan kesepakatan dengan bersama-sama berdoa bagi kesejahteraan keluarga dan mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.

Ketua sami Buddhist Maha Vihara Venerable Datuk K. Sri Dhammaratana Maha Thera berkata rakyat Malaysia perlu terus bersatu dalam mengutuskan doa kepada keluarga mangsa dan mereka yang menanggung penderitaan berikutan tragedi ini.

“Tragedi ini dan beberapa perkara yang berlaku di negara ini sejak akhir-akhir ini amat mendukacitakan. Usahlah kita membenci sesiapapun atas perkara yang berlaku. Ayuh kita bersatu dan berdoa selain mengekalkan keamanan serta keharmonian di negara ini dan di dunia,” katanya kepada Bernama.

Sambil menggesa rakyat Malaysia agar menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam semangat 1Malaysia, beliau berkata Buddhist Maha Vihara akan menganjurkan upacara sembahyang besar-besaran tidak lama lagi.

Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk R.S. Mohan Shan berkata banyak peristiwa buruk melanda negara ini sejak awal tahun ini.

“Marilah kita mendoakan agar negara ini terus makmur dan dijauhi daripada terus dilanda tragedi,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...