UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - Takbirrr...orang...

BEERSIH 2.0 – Takbirrr…orang hidup didakwa mati untuk bangkitkan kebencian pada polis dan kerajaan - pakdin.my

Macam-macam cara yang dibuat untuk menabur fitnah dan mengambarkan polis serta kerajaan zalim, yang terbaru adalah berkenaan dengan penyebaran video seorang peserta Bersih yang kononnya mati dalam keadaan bergari.

Cuma kali ini, kita boleh kata kurang ajar dan biadap, siapa yang ‘cipta’ video pembohongan itu, kerana tidak menghormati keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Blog-blog pembangkang menjadikan video 28 saat dengan memaparkan seorang lelaki berjaket biru, (baju kuning) mengelupur sambil mengucap dua kalimat shahadah dan mengatakan lelaki tersebut adalah Baharuddin Ahmad, lelaki yang mati kerana sakit jantung ketika demo Bersih berdekatan KLCC 9 Julai lalu.

Gambar lelaki berkenaan disiarkan meluas, terutama gambar ketika beliau bersolat dan memimpin bacaan doa. Ada blog yang terang-terang tulis “gambar Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal ketika demo Bersih”.

Gambar, video tersebut disebar meluas melalui blog serta facebook pembangkang. Ramai yang tengah menitik air mata bila mengenang tangan lelaki tersebut ‘bergari’ ketika mengucap dua kalimah shahadah, sebelum ‘mati’.

Ramai yang maki hamun polis dan kerajaan berhubung video dan gambar ini. Dan sudah tentu ia disebarkan meluas hingga orang asing pun sangka memang zalim betul kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, trik pembangkang tidak bertahan lama, hanya selepas dua hari, pembohongan paling busuk dalam sejarah itu terbongkar.

Lelaki berjaket biru itu bukan individu yang sama (peserta demo Bersih) yang meninggal dunia. Bahkan semua aksi-aksi lelaki berjaket biru itu hanyalah ‘lakonan’ semata-mata.

Cuma yang peliknya, bagaimana ‘lakonan’ tersebut berjaya dirakam sedramatik itu, jika bukan dirancang terlebih dahulu.

Blog pertama yang mendedahkan video pembohongan tersebut adalah www.papagomo.com.

Menurut beliau, video itu merupakan “KONSPIRASI TERANCANG untuk menghasut Rakyat Malaysia,” (video boleh dilihat di blog www.papagomo.com)

Katanya, lelaki berjaket biru itu adalah Suhardi Mohd.

xblogpembangkang

“Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak namun mereka inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun,” tulis papagomo.

Menjelaskan lebih lanjut, kata blogger tersohor yang sebelum ini mendedahkan video seks Anwar Ibrahim itu, Suhardi Mohd mencetuskan beberapa kekecohan sehingga mencabar polis menangkap beliau.

“Dan akhirnya polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan waktu itulah adengan lakonan mati bermula.

“Beliau Suhardi Mohd bertindak pengsan agar di lihat oleh semua yang ada di situ beliau telah mati. Pihak Polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan Suhardi Mohd masih lagi tidak sedarkan diri.

Menurutnya lagi, sejurus sampai di Hospital, Suhardi telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari Hospital namun telah di tahan oleh pihak Hospital dan Polis. Dan waktu inilah segala-galanya terbongkar.

“Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan pakatan pembangkang bagi memberi peluang kepada media mereka memainkan isu kematian yang kebetulan pada 9 Julai lalu seorang lelaki benar benar telah meninggal dunia disekitar KLCC,” dakwa papagomo.

Katanya, media pembangkang sejak pada petang Sabtu menyasarkan video dan gambar-gambar yang menunjukkan seolah olah Suhardi sewaktu Demo Bersih.

“Video gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong Pakatan Pembangkang dan ianya juga berjaya menghasut rakyat Malaysia. Sentimen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya,”katanya.

Senang cerita, Baharuddin Ahmad yang meninggal kerana serangan jantung itu tidak ada kena mengena dengan mamat jaket biru yang berlakon ini.

suhardisivaDan hanya beberapa jam selepas papagomo mendedahkan cerita tersebut maka bertubi-tubi pemimpin dan blog pembangkang membuat penafian bahawa individu berjaket biru itu adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad.

Antaranya Sivarasa Rasiah, yang tweet kata, “Yang dalam gambar dengan saya bukan arwah Baharuddin, namanya Suhardi Mohd dari Sepang. Dia ditangkap, digari, pengsan tetapi tidak meninggal,” tulis Ahli Parlimen Subang itu lima jam selepas pendedahan papagomo.

Tapi soalnya, ‘damage has been done’. Bukan semua orang baca tweet Sivarasa dan ralat blog pembangkang. Sedangkan video tersebut tersebar begitu cepat dan begitu jauh. Satu dunia boleh tengok.

Soalnya kini, siapa rakam dan siapa yang keluarkan perlu disiasat sedalam-dalamnya dan didakwa kerana memfitnah dan menghasut orang ramai.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan perbuatan menghasut rakyat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur.

Beliau dilaporkan berkata perbuatan itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera.
“Kita minta rakyat supaya fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja,” katanya.

Mereka yang ditahan dalam perhimpunan tersebut katanya terdiri daripada 1,000 orang awam, pemimpin pembangkang dan 91 individu yang dilarang memasuki ibu kota tersebut, kata Ismail.

Antara yang ditahan ialah penganjur Bersih Datuk S. Ambiga, pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta timbalannya Mohamad Sabu.

Mengenai dakwaan polis menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan itu Ismail berkata, pihaknya bertindak mengikut situasi dan gas pemedih mata dilepaskan polis selepas penyokong BERSIH cuba merempuh sekatan.

Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata, adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan.

“Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan,” katanya

Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya.

“Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut…semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan.

“Mereka seronok…malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak.

“Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan…tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja,” katanya.

Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri.

Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman.

Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.- Agendadaily 12/7/2011

baharuddingambar betul
Gambar sebenar di lokasi Arwah Baharuddin rebah…

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...