UtamaNASIONALMH17: Status Singapore Airlines...

MH17: Status Singapore Airlines Di Laman Facebook Dikecam - pakdin.my

mh17-singapore-airlines-troll

Satu status kemas kini yang dibuat oleh Singapore Airlines (SIA) di laman Facebook milik  syarikat penerbangan itu yang mengatakan mereka tidak melalui ruang udara Ukraine dikecam oleh ramai pengguna yang menganggap ianya sesuatu yang tidak baik.

Dakwaan itu juga turut dipersoalkan bersama laporan yang menyatakan bahawa Penerbangan SQ351 berada kira-kira 25 kilometer dari MH17 yang malang.

Pengguna Facebook merasakan kenyataan yang dimuat naik awal Jumaat oleh SIA itu sebagai ” bertujuan mengambil kesempatan daripada tragedi.”

Posting: ‘Pelanggan mungkin berharap bahawa penerbangan Singapore Airlines tidak menggunakan ruang udara Ukraine’  telah menarik lebih daripada 500 komen selepas ia dimuat naik di Facebook rasmi syarikat penerbangan itu. (https://www.facebook.com/singaporeair).

“Betul, Singapore Airlines, itu sahaja? Classy update, ” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama Michael Reit.

“Bagaimana pula jika sekurang-kurangnya mengambil tahu mengenai peristiwa dahsyat itu menghantar ucapan takziah kepada keluarga serta rakan-rakan yang terlibat dan bukannya status dingin,yang tiada ‘kelas’ ini,” tambah Reit.

“Ucapan takziah terlebih dahulu sebelum memberitahu dunia yang anda tidak terbang di jalan yang sama …. ini adalah satu kenyataan yang paling teruk omg,” tulis Vivian Wong Siu Ming.

Singapore Straits Times pada Jumaat terpaksa merujuk flightradar24.com dan melaporkan bahawa Singapore Airlines SQ351, Boeing 777, dan Air India A113, Boeing 787, berada dalam jarak 15 batu (25km) dari MH17 apabila ia hilang dan terhempas selepas ditembak.

Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan posting itu dengan berkata, ia tidak dilakukan dengan niat jahat.

“Saya tidak melihat bagaimana status ini adalah tidak sensitif. Saya nampak ia lebih kepada keyakinan bukannya beberapa helah perniagaan, ” tulis Eng Su Yee Aeth.

“Saya pasti terdapat ramai penumpang yang sedang menunggu kemas kini status seperti ini supaya mereka boleh menenangkan fikiran. Mengapa tidak berdoa untuk mangsa terlebih dahulu daripada membuat kecoh seperti ini? ” tambah pengguna.

SIA kemudian mengemaskini status baharu  di laman Facebook mereka dengan  menyatakan takziah ke atas tragedi itu.

“Fikiran kami bersama penumpang-penumpang, anak kapal MH17, dan keluarga mereka,” jelas status baharu di laman Facebook itu.

SQ315 Penerbangan Singapura berada kira-kira 25km daripada MH17 ketika kejadian
SQ315 Penerbangan Singapura berada kira-kira 25km daripada MH17 ketika kejadian

Laporan maklumat pengesanan penerbangan flightradar24.com. (http://www.straitstimes.com/news/asia/south-east-asia/story/malaysia-airlines-mh17-crash-singapore-airlines-plane-sq351-was-abou).

Singapore Airlines masih belum memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan oleh The Star mengenai posting itu.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...