BERITAPelajar Wanita Nekad Kejar Dan Langgar Motorsikal Peraut Di Jalan Tun Razak...

Pelajar Wanita Nekad Kejar Dan Langgar Motorsikal Peraut Di Jalan Tun Razak (video)

pelajar-perempuan-kejar-peragut

Geram dan marah setelah cermin kereta dipecahkan dan beg tangan dilarikan, seorang pelajar wanita nekad mengejar motosikal dinaiki dua peragut.

Akibatnya, rakan suspek yang membonceng cedera parah setelah tercampak akibat dirempuh kereta yang dipandu mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam tadi di Jalan Tun Razak di ibunegara apabila seorang pelajar wanita warga Kazakhstan sebuah ipts sedang memandu sendirian.

Ketika memasuki Lorong Raja Muda Abdul Aziz berhampiran Hospital Kuala Lumpur, sebuah motosikal dinaiki dua suspek memecahkan cermin keretanya dan melarikan beg tangan milik mangsa.

Kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal ke arah Jalan Tun Razak dan cuba melintasi pembahahagi jalan.

Mangsa berusia 25 tahun kemudian mengejar kedua-dua suspek sebelum melanggar motosikal mereka.

Akibatnya, pembonceng yang terjatuh cedera parah manakala motosikal tercampak ke laluan sebelah.

Sebuah kereta dari arah Ampang yang tidak sempat mengelak, merempuh Toyota Vios milik mangsa manakala sebuah kereta dari arah Jalan Mahameru pula merempuh motosikal suspek.

Penunggang motorsikal itu bagaimana berjaya melarikan diri manakala rakannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Polis kini sedang mengesan rakan suspek.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami