BERITA#MH17: Puak Pemisah Temui Kotak Hitam

#MH17: Puak Pemisah Temui Kotak Hitam

Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas.
Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas.

DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam milik pesawat Malaysian Airline MH17 yang terhempas dan kumpulan tersebut bersedia untuk menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa. 

“Serpihan daripada pesawat yang dilihat seperti kotak hitam ditemui di tapak nahas,” kata Alexander Borodai, yang mendakwa dirinya sebagai perdana menteri Republik Donestk sambil menambah mereka akan memberikan barangan berkenaan kepada pakar antarabangsa yang dilantik sebaik sahaja mereka tiba.

Borodai berkata mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba.

“Kami tidak boleh menunggu lebih lama, kerana cuaca panas dan terlalu banyak anjing dan binatang buas di kawasan tersebut,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami