BEERSIH 2.0 – Gambar Di Media Sosial Bukan Baharudin Ahmad – Polis - pakdin.my

ALLAHYARHAM BAHARUDIN AHMAD

KUALA LUMPUR: Gambar dan video yang tersebar dalam media sosial bukan gambar Allahyarham Baharudin Ahmad, pemandu teksi yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata keputusan itu adalah hasil siasatan bagi mengenal pasti gambar dan video itu.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang anggota perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya merupakan Baharudin,” katanya.

Kenyataan itu turut mengepilkan gambar sebenar Baharudin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini berkata Baharudin, 59, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu

Gambar yang didakwa sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad dilakunkan oleh SUHARDI

Kenyataan Media oleh PDRM mengenai kematian Allahyarham Baharudin Ahmad

Polis hari ini menafikan gambar yang tersebar menerusi media sosial kononnya seorang lelaki yang sedang terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya ketika perhimpunan haram Sabtu lalu, adalah Allahyarham Baharudin Ahmad.

Gambar berkenaan disebar pihak tidak bertanggungjawab.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara Bahagian Perhubungan Awam, PDRM, ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan telah dijalankan dan pihaknya mengenal pasti gambar serta video yang tersebar menerusi media sosial adalah gambar palsu.

Bagi menjelaskan situasi sebenar, gambar Allahyarham Baharudin turut diedarkan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai gambar dan video palsu yang disebarkan dengan niat cuba menjejaskan imej PDRM serta mempolitikkan isu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media Ahad lalu, mengesahkan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai perhimpunan haram, 9 Julai lalu.

Sebelum ini, beberapa blog pro-pembangkang memaparkan foto seorang lelaki lain dan mengaitkannya sebagai Allahyarham Baharudin.

Lelaki yang tidak dikenali itu juga dipaparkan dalam video dengan tajuk “Doa terakhir arwah Baharudin.”

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Gambar Di Media Sosial Bukan Baharudin Ahmad - Polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium