Sultan Selangor Tolak Permohonan Khalid Samad - pakdin.my

tuanku-sultan-selangor-murka-terhadap-khalid

Hasrat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi penjelasan berhubung isu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak diperkenankan baginda.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keengganan tuanku untuk menerima sembah menghadap wakil rakyat PAS itu kerana tujuannya bukan untuk memohon maaf.

Sebaliknya menurut beliau, surat Khalid yang diterima pihak istana pada Jumaat lalu hanya bertujuan memberi penjelasan berhubung tindakannya sebelum ini yang mahu kuasa Mais dihapuskan.

“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik beliau menjelaskan kepada rakyat, yang beliau mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif Mais dihapuskan

“Titah tuanku kepada Abdul Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang beliau lakukan sebelum ini. Beliau menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga beliau perlu perjelaskan. Tidak perlu menghadap tuanku,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini Sultan Sharafuddin melahirkan kemurkaan baginda berhubung kenyataan Khalid yang mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

 

 

UTAMAPOLITIKSultan Selangor Tolak Permohonan Khalid Samad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium