Pemandu Lori Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Changlun-Bukit Kayu Hitam (video) - pakdin.my

pemandu-lori-rentung-changlun

Seorang pemandu lori rentung manakala seorang lagi cedera dalam nahas membabitkan dua buah lori di kilometer 21.1 lebuhraya Changlun-Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Mangsa Zainol Abbidin Salleh, 54 tahun, maut di tempat kejadian setelah lori yang dipandunya itu hangus terbakar.

Nahas berlaku ketika pemandu lori yang membawa muatan kayu lapis cuba mengelak sebuah kereta kancil yang membelok secara tiba-tiba.

Lori itu terbabas ke laluan sebelah dan bertembung dengan lori yang dipandu mangsa.

Akibatnya berlaku letupan yang menyebabkan kebakaran.

Kata Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jitra, Mohd Sufian Hassan pihaknya mendapat laporan pada jam 4.10 petang sebelum bergegas dengan 12 anggota dan 2 jentera.

 

 

UTAMABERITAPemandu Lori Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Changlun-Bukit Kayu Hitam (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium