UtamaNASIONAL#MH17: Malaysia capai persetujuan...

#MH17: Malaysia capai persetujuan dengan pemisah tempatkan polis antarabangsa di lokasi nahas (video) - pakdin.my

 

Malaysia Hantar 68 Pegawai Polis Ke Lokasi MH17

wpid-mh17-malaysia-hantar-68-polis.jpg

Malaysia telah mencapai persetujuan dengan pemisah Ukraine, yang menguasai kawasan sekitar tapak nahas MH17 di timur Ukraine, untuk membenarkan sekumpulan anggota polis antarabangsa memasuki lokasi itu bagi memberi perlindungan kepada penyiasat antarabangsa.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Alexander Borodai, pemimpin puak pemisah, hari ini bersetuju membenarkan anggota polis antarabangsa memasuki kawasan nahas.

Menurut kenyataan itu, Najib telah menghubungi rakan sejawatannya dari Belanda serta Australia dan ketiga-tiga negara bersetuju bekerjasama rapat dalam urusan penempatan anggota polis di kawasan nahas.

 

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan sejumlah 68 anggota polis Malaysia akan berlepas dari Kuala Lumpur ke kawasan nahas pada Rabu.

Di bawah persetujuan asal tiga perkara yang dicapai antara Najib dan Borodai pada 22 Julai, puak pemisah Ukrainie bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua kotak hitam kepada Malaysia; menyerahkan mayat mangsa kepada pegawai antarabangsa; dan memberi akses penuh ke kawasan nahas kepada penyiasat antarabangsa.

Kenyataan itu menyebut sebelum ini penyiasat antarabangsa tidak dapat dihantar ke tapak nahas yang meliputi kawasan yang luas di timur Ukraine dan mengumpul bukti ekoran kebimbangan mengenai keselamatan, termasuk aktiviti ketenteraan yang berterusan.

Oleh itu, Malaysia menggesa agar semua aktiviti ketenteraan di sekitar kawasan nahas dihentikan.

“Malaysia khuatir kebimbangan terhadap aspek keselamatan menghalang akses penuh ke kawasan nahas dan penyiasatan secara bebas tidak dapat dijalankan. Malaysia juga bimbang mungkin ada lagi mayat mangsa di kawasan nahas,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Najib berkata amat penting sekumpulan lengkap penyiasat dihantar bagi memastikan semua mayat mangsa dipindah, dikenal pasti dan dihantar pulang ke negara asal kerana penumpang serta anak kapal MH17 perlu diberi penghormatan yang sewajarnya.

“Saya amat bimbang penyiasat antarabangsa tidak dapat dihantar ke kawasan nahas dengan sempurna berikutan keadaan keselamatan yang meruncing.

“Kami juga perlu menghantar penyiasat yang mempunyai akses tidak terhad di kawasan nahas agar kami dapat memahami apa yang berlaku kepada MH17. Saya berharap persetujuan ini dengan Borodai akan menjamin keselamatan di kawasan berkenaan supaya penyiasat antarabangsa dapat menjalankan tugas mereka,” katanya.

Najib juga berkata tiga negara iaitu Belanda, Australia dan Malaysia mewujudkan satu gabungan bagi memperoleh akses ke kawasan nahas serta menjalin kerjasama untuk memberi keadilan kepada mangsa.

Menurut kenyataan itu, pegawai Malaysia sedang membincangkan butiran mengenai penghantaran polis antarabangsa dengan Belanda dan Australia.

“Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawatannya serta pegawai kerajaan Ukraine mengenai kerangka perundangan dan diplomatik berhubung perkara itu,” katanya.

Selain itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengetuai siasatan MH17 dan bekerjasama rapat dengan ketua penyiasat Belanda.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, di timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada 17 Julai, dipercayai ditembak jatuh.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Berkaitan

Baca Juga

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...

[VIDEO] Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis

Setiausaha politik kepada Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah membuat laporan polis berhubung ‘akujanji palsu’ menyokong Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular ketika...