UtamaPOLITIKKrisis MB Selangor: Pemimpin...

Krisis MB Selangor: Pemimpin PAS-PKR Buka Pekung - pakdin.my

azmin-khalid-saifuddin

Kemelut politik di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar dilihat sebagai pembuka jalan perpecahan antara sekutu pakatan pembangkang.

Terbaharu, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membuka pekung antara satu sama lain dengan mengambil contoh pentadbiran kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU 2008.

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PKR tidak seharusnya membandingkan pergolakan yang berlaku di Selangor dengan situasi politik di Kedah sebelum PRU-13.

Katanya, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti itu menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Kedah pada ketika itu mestilah daripada PAS sebenarnya berpunca daripada beberapa

“PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi Menteri Besar pada masa itu atas banyak faktor…bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

“Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan beliau turut mengepak jari jemarinya satu persatu… Berapa lagi kerusi DUN yang PR ada?

“Tempoh itu adalah waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang,” katanya pada Rabu.

Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak itu berkata demikian di laman Facebook sebagai reaksi kepada kenyataan Saifuddin sebelum ini yang menegur PAS supaya tidak mencampuri urusan PKR dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Saifuddin, kegagalan PAS menguruskan konflik dalaman PAS Kedah sebelum PRU-13 menjadi punca kerajaan PR pimpinan PAS tumbang di Kedah.

Menerusi penjelasan panjang lebarnya itu, Muhammad Sanusi mendakwa bahawa Azizan terpaksa berhadapan pelbagai kerenah PKR di Kedah termasuk membabitkan perbelanjaan kewangan yang tinggi.

Tulisan Muhammad Sanusi ini turut mengundang reaksi Saifuddin di Facebook.

Tanpa menafikan kenyataan itu, Saifuddin sebaliknya turut ‘menyerang’ Muhammad Sanusi dengan dakwaan pecah amanah.

“Memadailah saya simpan hal-hal balak, tanah, projek, pasir yang disampaikan oleh KCS (Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah), exco dan Adun PAS kepada saya.

“Saya penuh yakin integriti almarhum (Azizan) semasa menjadi MB Kedah, tapi pegawai yang satu ini persis ayam berkokok tapi ekor bergelumang najis,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988