Perjanjian Dasar Induk Berhubung Penstrukturan Semula Bekalan Air Di Selangor Dimeterai

perjanjian-air-selangor

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor Jumaat menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan persekutuan manakala kerajaan Selangor diwakili Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek serta Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ongkili berkata perjanjian Jumaat itu adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Feb lepas berkaitan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Sistem Agihan.

“Kebanyakan kandungan MoU yang lepas itu diperincikan dalam perjanjian hari ini dan beberapa perkara penting sudah dimulakan pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata penstrukturan semula urusan pengambilalihan syarikat konsesi telahpun dimulakan dan kerajaan Selangor melalui kumpulan Darul Ehsan Berhad mengemukakan tawaran pengambilalihan kepada pemegang saham empat buah syarikat konsesi.

Empat buah syarikat konsesi itu ialah Konsortium Abbas Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

“Setakat ini hanya pengambilalihan Splash sahaja yang belum dimuktamadkan lagi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor atas sikap keterbukaan, kesederhanaan dan kerjasama yang diberikan.

Kerjasama itu, kata Ongkili, membuktikan kepentingan rakyat mengatasi segalanya dan lebih penting daripada kepentingan politik.

Ongkili dan Khalid turut berkongsi kenyataan bahawa pencapaian itu terhasil susulan beberapa perbincangan antara kedua-dua pihak berasaskan kepercayaan bahawa pertimbangan politik harus diketepikan demi menyelesaikan isu bekalan air bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Sementara itu, Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan KeTTHA yang melaksanakan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula air di Selangor.

“Kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak menunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dan ideologi politik.

“Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan semua pihak dalam menjayakan penstrukturan semula itu,” katanya.

Jelas beliau penyelesaian secara holistik itu juga akan memberikan perkhidmatan air lebih cekap dengan kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan pengguna.

Ongkili berkata perjanjian hari ini juga menggariskan tindakan penting untuk memuktamadkan pengambilalihan konsesi.

Antaranya berhubung pemindahan aset air Selangor yang tidak berkaitan dengan syarikat konsesi berjumlah RM2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan persekutuan.

“Hasil pemindahan itu akan digunakan oleh kerajaan Selangor dan KDEB untuk membiayai pengambilalihan ekuiti syarikat-syarikat konsesi tersebut,” katanya.

Perjanjian turut menetapkan kaedah penstrukturan semula industri bekalan air yang melibatkan penggabungan operator air di bawah sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) milik penuh kerajaan Selangor yang dilesenkan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA), pelaksanaan ‘aset light model’ melalui pemindahan liabiliti dan aset air bersangkutan dengannya kepada PAAB, dan pemajakan aset air oleh PAAB kepada SPV.

Justeru, Ongkili berkata kerajaan persekutuan akan terus komited untuk memudah cara penstrukturan semula bagi memastikan rundingan diteruskan antara Selangor dan syarikat konsesi.

“Perjanjian juga memperincikan kaedah dan komitmen kedua-dua pihak untuk memastikan Projek Langat 2 disiapkan pada pertengahan tahun 2017.

“Dengan siap Langat 2 bekalan air yang lebih terjamin sepanjang masa sudah tentu akan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada kehidupan seharian rakyat,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...