UtamaPOLITIKKetua Penerangan PAS Kedah...

Ketua Penerangan PAS Kedah Dicabar Dedahkan Butiran Penyelewengan Bekas Adun PKR - pakdin.my

wpid-sanusi-bekas-setpol-mb-kedah.jpg

Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dicabar supaya mendedahkan butiran terperinci salah guna kuasa dan pecah amanah yang didakwa melibatkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kerajaan negeri Kedah dikuasai pakatan pembangkang.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli berkata tindakan tersebut penting kerana rakyat khususnya di Kedah perlu mengetahui salah laku berkenaan memandangkan ia melibatkan harta awam.

“Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah memandang serius dakwaan yang dikemukakan (Muhammad Sanusi) itu dan mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Malah, lebih baik jika Sanusi sendiri mengemukakan butiran terperinci,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Muhammad Sanusi menerusi Facebook mendedahkan kemelut kerajaan Kedah sebelum ini yang diketuai PAS, yang didakwanya banyak disebabkan oleh Adun daripada PKR.

Khairul Anuar berkata antara pendedahan yang dibuat Muhammad Sanusi, yang merupakan setiausaha politik bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, melalui media sosial dan blog adalah dakwaan berhubung perbelanjaan bagi menampung perbelanjaan seorang Adun PKR yang dilanda masalah kewangan.

Katanya selain itu, Sanusi turut menyebut tentang penyelewengan melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri yang membuat tuntutan perjalanan mencecah RM23,000 iaitu melebihi daripada elaun bulanan Exco iaitu RM17,000.

“Di samping itu, ia juga disebut bahawa bekas Menteri Besar (Azizan) secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu syarikat yang didaftarkan melalui proksi (disebabkan desakan Adun PKR),” katanya.

Sehubungan itu, Khairul Anuar berkata pihaknya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan.

“Saya juga berharap Sanusi benar-benar telus. Jika mahu membersihkan nama PAS Kedah, beliau harus tampil segera memberikan butiran terperinci,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988