Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKANWAR TAK PUAS HATI...

ANWAR TAK PUAS HATI GILLARD PUJI MALAYSIA NEGARA ISLAM MODEN - pakdin.my

Anwar dijangka bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Australia di Canberra hari ini, bagi tujuan meraih sokongan di kala partinya sendiri sedang menghadapi masalah dalaman yang meruncing.
Anwar dijangka bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Australia di Canberra hari ini, bagi tujuan meraih sokongan di kala partinya sendiri sedang menghadapi masalah dalaman yang meruncing.

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia semalam, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

“Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan berkata, ‘ini adalah negara Islam moden yang bagus’. Saya menganggap ia sebagai penghinaan,” katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian hari ini.

Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan sesi lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua pembangkang itu berkata, Australia dan New Zealand selaku negara demokrasi contoh di Asia Pasifik sepatutnya mencontohi pendirian Indonesia yang memberi sokongan kepadanya berhubung isu liwat dan sebagainya.

Malah, beliau secara terbuka menganggap Indonesia sebagai sebuah negara sahabat baik dan sekutunya dalam menjayakan perjuangan reformasi bagi merampas Kerajaan Persekutuan daripada BN.

“Mana negara lagi yang kita patut lihat di Asia ini jika bukan Australia dan New Zealand. Kedua-dua negara ini perlu menyatakan pandangan dan keprihatinan mereka (tekanan kepada Malaysia) dan sudah tentu Indonesia sekarang adalah negara sekutu,” katanya.

Dalam pada itu, The Australian melaporkan, Anwar dijangka bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Australia di Canberra hari ini, bagi tujuan meraih sokongan di kala partinya sendiri sedang menghadapi masalah dalaman yang meruncing.

Ia ekoran penipuan dan penyelewengan dalam pemilihan PKR sehingga menyaksikan Datuk Zaid Ibrahim mengambil keputusan mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dijangka bertindak keluar parti Jumaat ini selepas muak dan kecewa dengan sikap hipokrit pemimpin PKR terutamanya Anwar dan ‘anak emasnya’ Azmin Ali.

“Kami menghadapi kesulitan memujuk kerajaan Australia untuk pergi ke Malaysia (bagi memberi tekanan), tetapi mungkin kita dapat memujuk ahli-ahli Parlimen bagi menyuarakan pendirian mereka,” kata Anwar.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674